Foto

Foto
Family

Sabtu, 14 Mac 2020

CERITA ABAH


Assalammualaikum... Jom tengok video Abah yg sempat dirakamkan semasa hayatnya untuk tatapan anak cucunya. Al-Fatihah buat Abah dan Mak.

Video 1

Video 2

Video 3

Video ini dirakam pada 26 September 2010 ketika abah berusia 91 tahun. Seronok dengar abah cerita kisah masa mudanya. Mula-mula kerja dgn KTMB dengan jawatan basuh kepala keretapi dengan gaji RM70 sebulan sehinggalah naik pangkat menjaga 4 stesyen Keretapu dari Kota Bharu Kelabtan hingga ke Singapura.

Video ini disiarkan hanya untuk mencedok pengalaman orang lama yang sempat dirakamkan semasa hayat arwah abah kami untuk tatapan anak cucu beliau.

terima kasih kerana sudi menonton.

Sekian.


inarz
Anak ke Lapan

Ahad, 8 Mac 2020

REAL BAND AT THE EARTH


Tengah Boring2 boleh ler dengar lagu bebudak ni. Cara yg tersendiri dan unik. Alahaii cucu...ada bakat terpendam.

Pemain dari kiri :
Ulul Azmi, Udin, Alkif, Iskandar dan Ulul Amri

Kredit to Nurliyana Aqilah

Ahad, 23 Februari 2020

PEMERGIAN YANG ABADI - MOHD ZAM BIN HJ OSMAN

Assalammualaikum.....

Tanggal 2 Disember 2019 jam 3 ptg. Kami telah kehilangan salah seorang keluarga kami iaitu Mohd. Zam bin Hj Osman. Kesedihan yang tidak dapat kami gambarkan. Kini kami hanya tinggal 10 orang. Allahyarham meninggalkan seorang Balu dan 3 orang anak lelaki yang masing berumur 20, 16 dan 11 tahun. Moga isteri dan anak-anak Allahyarham tabah dan redha dengan ujian ini.

Allahuakbar..... Hati tersentuh lagi..😭😭😭😭😭
Al Fatihah buat Bangcik Zam.
Air mata mengalir laju Teringat padanya.. Rindu menerpa kerana dia telah pergi bertemuMu.. x kan berpenghujung... Kami semua rapat.. gaduh2 pun kami tetap hormat silaturrahim ni... Kami x kan biarkan hubungan kami renggang kerana perselisihan kecil atau pun besar.

Bangcik Zam dari kecik
Dia memang degil
Dia memerintah
Dia mesti dpt apa dia nak
Dia suka bebel
Dia suka ckp dan ckp

Namun😭😭😭😭
Kami x pernah membencinya walau sekali pun atau sekelumit pun..

Kerana ...

Dia seorang Anak, Abg dan adik yg baik
Dia bertanggungjawab
Dia suka beri nasihat
Dia mengingatkan
Dia suka gurau
Dia jenis x kisah
Dia buat kita ketawa
Dia Ramah
Dia raikan keluarga
Dia raikan kawan
Dia raikan tetamu
Dia raikan perkenalan
Dia tak kedekut
Dia prihatin
Dia cermat
Dia rajin
Dia x serius
Dia kuat
Dia wira negara
Dia byk jasa

Sekarang Dia sudah tiada tanggal 2 Dis. 2019 pada 3 ptg yg memilukan hati2 kami.
Sungguh kami kehilangan dia.
Allah lebih sayangkan dia
X kan ada lagi pengganti dia...kami redha...
Bangcik Zam... 😭😭😭
Kami titipkan Doa agar dikau tenang di Alam sana... Dengan rahmat Allah SWT...  Rehat lah wahai roh yg kuddus... Moga Allah ringankan seksa kuburmu kerana sebelum pemergianmu telah Allah kurniakan ujian sakit yg sgt perit untuk menaikkan neraca kebaikkanmu... Ya Allah engkau berilah ketenangan pada jasadnya di Alam Barzakh... Moga jasadnya tidak disentuh oleh 2 Malaikatmu... Sinarilah pusaranya dgn cahaya Ya Allah... Luaskanlah pusaranya sejauh mata memandang ...
Hiasilah pusaranya dgn keindahan bak taman2 syurga agar dia tidak gentar dengan hari menuju akhirat.. Moga damailah Bangcik Zam di sana... Aaminn..



Waktu arwah kecil bersama Adik Imah

Allahyarham no. 2 dari kiri diapit oleh Atih Zahiran dan Abg Supian. Akak Zarihan tepi sekali sebelah kanan.
Masa ni Bangcik dah mula sakit


Gambar masa bercuti sama-sama di Port Dickson



Arwah di barisan paling belakang sebelah kanan sekali. Masa ni kami di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu untuk selesaikan Bicara Kuasa pusaka arwah Abah. Along x de dalam ni sbb pusaka arwah abah hanya 10 orang sahaja x termasuk Along. Tapi pusaka arwah mak 11 orang termasuk Along. Semua pembahagian dah lama selesai termasuklah bahagian arwah Bangcik yang akan di serahkan kepada waris2 arwah iaitu Balunya dan anak-anak.


Saat2 akhir arwah hanya di hospital... Arwah dimasukkan ke hospital pada bulan 10 tahun 2019. Terus masuk ke wad pemantauan rapi. Kemudian seminggu di masukkan ke wad biasa. Disebabkan kesihatan arwah makin merosot arwah  di masukkan kembali ke wad pemantauan rapi.

Semasa di wad biasa selepas seminggu berada di ICU.


Adik beradik anak-anak buah sering datang melawat arwah semasa di wad.

Ramai yg datang ziarah arwah. Dia disayangi ramai saudara mara dan rakan taulan

Masa ni kesihatan arwah makin merosot.

Walaupun dia sangat tidak sihat... Dia masih kenal siapa yg datang ziarah dia.

Al-Fatihah

Moga Roh Bangcik Zam sentiasa dicucuri rahmat dan  tenang di sana


Pusara tempat persemadian arwah.


Malam Tahlil


Ya Allah... Ramai sungguh yang datang masa majlis tahlil Bangcik. Moga doa-doa mereka sampai kepada arwah Bangcik.